Saturday 2 November 2013

9 a.m to 9 p.m

ASSALAMUALAIKUM....(tolong jawab ye !!!)

kembali hadir dalam dunia maya, kruk krukk......

2/11/2013 hampir 2 bulan aku meneruskan hidup sebagai pelajar degree.  Yes !! right now I'm degree student and officially I'm Uitm ARAU student. Arau lagi..!! memang jodoh aku memang bumi perlis agaknya. Masuk degree ini, total aku bermaustatin dekat arau ini 5 tahun setengah. Jangan sampai jodoh jumpa dekat Perlis juga sudah, kalau jadi macam itu juga tak tahu la nak cakap apa entah.

Dekat sini nak kongsi sikit apa yang aku buat time cuti midterm baru-baru ini...jeng jeng jeng...!!!

bertarikhkan 18/10/2013, kegilaaan diri menjelma untuk mengambil sijil spm yang duduk nun jauh kat rawang itu, seterusnya nak berjumpa dengan cik izati halim nordin kita yang bakal berangkat kembali ke mesir pada 8/11/2013 dekat sungai buloh (time tarikh itu tak dapat nak hantar, that why la aku nak jumpa dia time tu)

nampak macam alehh dekat je pun. Ok dekat sini nak bagi tahu aku naik MOTOR pi sana. Mencabar dengan sakit bontot jugalah. Perancangan asal aku menjadi menarik apabila CIK HANA FADIL sangat sudi menemani aku yang hanya mampu bawa dia dengan motor sahaja..

So pendek cerita, travel day aku pada haritu sangat mencabar,seronok,berpengalaman dan sempoi untuk orang macam kami ini...hahahha

pagi-pagi dalam pukul 9 aku sudah keluar untuk menunjuk ke Damansara, (nak ambil permaisuri hana dekat rumah tu). DUDUK LEPAK sekejap tunggu anak dara mandi-manda, kami pun gerak ke RAWANG dalam 10.45 macam itulah. Kalau sudah ke SAMER tak jumpa ustaz ustazah memang tak sah la kan, so sampai sana dalam 11.45 macam itu dan kami pun duk bersembang sekejap dengan ustazah nani,ustaz azri,ustaz yusri gan ustaz rizal (itu yang sempat jumpa). 

NEXT:SUNGAI BULOH. Dalam kepanasan pukul 1 itu kami menuju ke SUNGAI BULOH, (dekat sana sesat sekejap...hehhe). Dekat rumah cik izati kita ni memang lepak lama la, di jamu makan tengahari lagi dan duk bersembang semua sampai pukul 3.30


berkenangan sebelum berpisah =)
WE WILL MISS YOU CIK ZATY, SEE U 2 YEARS LATER.!!

NEXT LOCATION: MASJID JAMEK, KL, before pergi sana mak Hana ada kirim tanah untuk tanam pokok (hebat tak, naik moto pun boleh beli tanah..=D) so pusing sekejap kami dekat area sungai buloh tu, satel beli terus menuju KL pula. Motif ke Masjid jamek nak beli tudung yang kawan Hana kirim...so park moto dekat sebelah masjid and then jalan sampai area dekat dengan sogo. Nama kedai tu tak silap Bawal Exclusive. Mahal kot tudung kosong tu, aku beli yang 5 hinggit aje. Tapi ada sebabkan kenapa benda tu jual dengan harga 35 hinggit, kualiti memang terjamin.



 tengah berdoa banyak time ini harap-harap hujan tak lebat.

CONTINUE JOURNEY: IKEA,DAMANSARA. sebenarnya tidak merancang pun hendak ke sana, Tetapi disebabkan nak menyinggah solat asar sekali gus isi perut yang kebuluran atas tiket keletihan maka kami telah memilih ikea. Time perjalanan kami memang di uji. Gila kau separuh on the way dari KL ke Damansar tu kena hujan. Sejuk tak sejuk tak usah di kata, tahan sahaja la nampaknya. Paling lenjun, aku lah jawabnya. Sampai ikea memang tahan malu muka ini memang tebal buku novel la jawabnya dengan baju dan seluar lenjun tambah sejuk aircond dekat ikea tu, ALLAH sahaja la yang tahu. Done lakukan yang wajib (solat asar) apa lagi, time to melantak la jawab kau, serius lapar gila walaupun dah makan dekat rumah izati tadi. 

 kanak- kanak ini memilih meatball 15 biji dengan mushroom soup
 aku yang tuan puteri ini memilih salmon gan meatball atas sebab aku drive yang keletihan & kesejukan
 moto aku kesejukan so kene selimut sekejap..hahahhaha
before balik aku dengan hana kerunsingan sama ada bicycle only or troli only

THE LAST STEP: RUMAH PERMAISURI. Kalau sudah pinjam anak orang kenalah pulangkan. so kenalah hantar permaisuri hana balik rumah kalau tidak runsing mak hana, mana anak dia tak balik-balik.Pendekkan cerita time hantar dia waktu magrib tu hujan so aku ni pun solat magrib dekat rumah dia dan bertape dekat rumah cik permaisuri kita sambil-sambil bersembang dengan mak hana sampai hujan berhenti. Lepas tu, aku sampai rumah dalam 9.30 lebih kurang.


walaupun haritu sangat memenatkan aku dan rasanya pada hana jugak. Tapi hari tu lah the best moment aku waktu cuti. Siapa sangka aku yang bergelar perempuan ini boleh bermotor untuk ke semua tempat tu. Aku kira-kira lebih 4 jam juga kami atas moto. Hebat tak hebat, aku tetap juga nak cakap kami hebat...hahahaha.. CIK HANA thanks a lot ye....!!! and we really hope if najwa rashid have together with us for that day, it will really fun...hehehehe

Ok, thats all.....thanks read this merapu-merepek aku...







Thursday 11 July 2013

AHLAN WASALAN YA RAMADHAN

ASSALAMUALAIKUM..,

Ramadhan menyinggah kembali pada tahun 2013 ini, bagi aku ini kali pertama aku berpuasa penuh di rumah (InsyaALLAH) setelah 3 tahun aku bermastautin di bumi perlis sebagai seorang pelajar. Tahun ini juga, tahun kedua kami sekeluarga berpuasa tanpa Mak Maya kami. Kerinduan di hati kami hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, itulah yang aku pegang bagi menyedapkan jiwa yang terseksa ini. Ok stop right here, we continue about Ramadhan.

Pendapat aku tentang erti bulan Ramadhan itu sendiri, simple suci dan bersih. Ramadhan satu bulan di mana banyak keindahan kecantikannya. mari kita bersama menjelajah dan merungkap keindahan dan kecantikan bulan Ramadhan itu sendiri.

  • Bermula dengan kita bersahur, ALLAH telah memberi kita pahala atas manusia apabila dia bersahur dan jangan lupa setelah kita bersemangat bersahur, mendirikan solat subuh yang mana ianya satu kewajipan mesti didirikan. Janganlah kita tersasul dalam melakukan ibadah, yang mana sunat itu menjadi kewajipan dan yang wajib menjadi sunat. Opss!! umat islam di zaman moden ini, kita perlu lebih berhati-hati.
  • Seterusnya di siang hari, disini kita di uji oleh lebih sedikit dimana kita perlu menahan diri daripada makan dan minum. Nampak macam menyiksakan tapi hakikatnya ALLAH telah beri banyak kelebihan dalam kepahitan itu, sesungguhnya Dia MAHA PEMURAH. Cuma kita sebagai manusia perlu mengkaji dan mencari kebaikannya bukan hanya mengeluh dan merungut. Itu bukan sikap kita sebagai umat Islam. erkk asal tuu..?? gastrik..!! ermm serius penyakit inilah bakal kita dengar masa musim puasa ini. Sudah menjadi satu trend pulak, yang tak pernah sakit gastrik pun boleh tiba-tiba ada gastrik tahap kronik. 
  • Setelah penat kita menjalani kewajipan berpuasa, ALLAH berikan kita waktu yang sangat menyentuh hati, apabila azan magrib berkumandang hendaklah kita menyegerakan berbuka kita. Bagi aku waktu ini sangat indah, Kalau aku menghayati waktu ini rasa kadang-kadang sangat tersentuh. Erkkk..!! alhamdullilah kenyang sudah. haa..!! kamu mesti ingat jangan makan berlandaskan nafsu, bukankah bulan Ramdhan ini kita mesti melatih nafsu kita. Jadi diri ini kena perlu di peringatkan selalu agar makan tidak berlebihan sehingga hendak mendirikan solat magrib yang wajib itu, terasa bebannya berat sangat kerana terkenyang. So be careful ok..!!
  • Pada malamnya, bulan Ramdhan di perindahkan lagi dengan solat terawih, Sesungguhnya ALLAH MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG. Solat sunat terawih ini banyak kelebihan dari segi jiwa dan jasmani itu sendiri. Setiap kalimah Memuji ALLAH yang MAHA PENCIPTA dan berselawat keatas Nabi Muhammad, sesangat indah dan setiap malam Ramadhan itu sungguh meriah dah berser-seri. SubhanaALLAH
  • Jangan di lupakan dengan ibadah yang lain, terutamanya membaca Al-Quran, Sahabat Sejati kepada manusia, cuma manusia yang sering melupakannya. Qiamullai jangan di lupakan, mungkin bukan tiap hari kita semua lakukan. Pada Bulan Ramdhan ini, marilah kita cuba melakukannya. Banyak lagi ibadah boleh kita lakukan. 

P/s : Marilah kita bersama berebut harta karun yang mana nilainya tidak terkirajugak bersungguh melakukannya, semoga kita semua dapat melakukan dengan ikhlas.

p/s : maaf jjika ada kesilapan, aku manusia yanag baru hendak belajar berjinak dalam penulisan yang lebih serius.








   

Sunday 7 July 2013

MEH KONGSI RESEPI SIKIT..

Hari ini nak berkongsi sedikit resepi  OREO CHESS CAKE yang aku belajar dekat youTube. Dan yang lebih penting kek tu menjadi bila aku buat. The best part in making oreo chess cake is you not need to bake. NO BAKE !!! yes just put this cake in freezer for 6 hours or overnight. Simple and not tiring...So good luck.


INGREDIENT


1 pkt sweet plain biscuits, 250g (tiger biscuits)
1 pkt oreo cookies (14 cookies)
1 pkt mini oreos
100g butter
2 tbsp hot water
1 tbsp gelatine powder
2 x 250g pkts cream cheese (room temperature)
1 cup thickened cream
3/4 cup caster sugar
1/4 cup of condensed milk

p/s : klu x ada gelatin, boleh pakai lemon juice..pastikan gelatin di gaul dengan air panas

TIME TO MAKING

PART 1
  1. Melt the butter and crush 1 pkt sweet plain biscuits 
  2. mix the butter and biscuits (make sure not to dry and not to moist)
  3. put inside plain container cake
  4. press the ingredient and put in freezer for 30 mnt

PART 2
  1. Put in cream cheese, thickened cream, caster sugar into mixer
  2. And stir all ingredient together
  3. Then put condensed milk and gelatine and stir again
  4. Next put oreo biscuits that have been crush and stir again
  5. Done put inside the plain container and tap the plain to make sure no bubble inside the ingredient
  6. And ready to put in freezer for 6 hours.

FUHH !! siap sudah, simple sangat dan sangat sedap. Di sebabkan aku bukan penggemar makanan manis so aku makin 2 sudu sahaja. 

p/s: aku harap kamu fahamlah, aku berENGLISH ni. Aku nak improve my English skills. so sorry la kalau ada yang tak berapa faham n ayat ye terlalu OH MY ENGLISH.!! peace no war


GAMBAR X ADA KE..??  of course la ada so hope enjoy






Saturday 6 July 2013

MANA YANG LEBIH PENTING

ASSALAMUALAIKUM

Hari ini kita merungkai mungkin atau kita cuba berbicara tentang segelintir perangai MANUSIA, yes people, person, someone, somebody or anything that related dengan sesuatu yang ALLAH jadikan dia sebagai khalifah di muka bumi ini.
  1. BILA KAWAN-KAWAN KAU LEBIH PENTING DARI KELUARGA DAN SAUDARA-MARA
KAWAN - berkawan itu memang sangat indah, tapi kene ingat jangan sampai terlalu taksub dan percayai persahabatan sampai pinggirkan sesuatu yang LEBIH PENTING  dalam kehidupan dan keliling kita setelah ALLAH dan RASUL. Bukan apa, sesetengah manusia yang berperangai begini memang masalah. Bukan apa bila  keluarga sendiri memberi nasihat tidak sikit pun ambil pusing tetapi bila kawan yang tidak pasti masa kita susah nanti bakal membantu kita,terus sokong apabila menasihati diri kita ini, kadang-kadang apa yang di perkatakan oleh kawan itu semuanya setuju. Ingat masa kita susah nanti siapakah yang masih berpaling melihat penderitaan kita. dan aku sangat sedih, kadang manusia begini masih boleh berlagak depan keluarga sendiri dan masih pegang dengan katanya '' tak apa, kamu semua tak ada. kawan aku masih ada.'' Hello serius itu aku cakap senang sahaja, manusia tak kenal di untung.

    2.  WHEN MY CAREER MORE IMPORTANT FROM MY FAMILY.

KERJAYA - Ini masalah paling besar berlaku di zaman serba moden ini, kerana taksubkan pangkat dan wang, keluarga terabai. Kebiasaan nya ia berlaku terhadap ibu bapa zaman moden. Kebiasaannya anak-anak akan menjadi mangsa atas kerakusan ibu bapa itu sendiri. Mulalah pelbagai masalah akan timbul, bukan apa anak-anak ini cuba mencari jalan agar ibu bapa mereka memberi sedikit ruang dan masa bagi mendengar kemanisan dan kepahitan sepanjang pembesaran mereka dengan harapan ada mutiara kata dari ibu bapa mereka untuk mereka terus bersemangat dalam menempuh kehidupan. Jangan di salahkan anak-anak berkelakuan yang kurang enak jika ibu bapa itu sendiri mementingkan apa yang LEBIH PENTING. Bukan meminta menjadi ibu bapa yang sempurna, cuba perlu menjadi ibu bapa yang hebat di mata anak-anak.

   3. BILA DUNIAWI LEBIH PENTING DARI  PENCIPTA-MU ALLAH S.W.T

KEPADA ALLAH KITA KEMBALI - Dari segala yang penting diatas, kepentingan yang pasti dalam diri manusia itu sendiri adalah ALLAH. ALLAH Maha Pencipta, sesungguhnya dari DIA lah kita datang dan dari DIA lah kita kembali. Di perakhiran zaman ini, manusia terlalu leka dan terlalu bekejar mencari sesuatu yang kepastiaannya ke arah keburukan. Ramai jiwa manusia yang tersungkur atas kehendak nafsu dan lupa atau pura-pura lupa atas perintah-NYA. Memang kita bukanlah manusia yang sempurna tapi sepatutnya kita seudaya-upaya memberi yang terbaik dalam melaksanakan perintah-Nya dan bersungguh-sungguh dalam meninggalkan larangan-Nya. Nikmat dan keindahan  yang paling indah ialah bila cinta manusia terhadap Penciptanya lebih dari segala-galanya. Dari situ InsyaALLAH segala rintangan dan selok- belok kehidupan ini pasti mudah di tembuhi dengan pelbagai perasaan yang hanya ALLAH sahaja MAHA Mengetahui segalanya.


p/s: jika ada terasa mohon maaf, cuba ingin berceloteh. Aku juga bukan manusia yang sempurna cuma ingin mengingati diri ini juga yang terlalu banyak dosa terhadap ALLAH S.W.T . (^^)



Friday 28 June 2013

Bila TIBA-TIBA TERKAYA

Bila kita sebut tentang kaya nie, siapa yang tak nak jadi kaya cuba bila sudah kaya, ramai yang mula lupa diri, lupa ALLAH dan lupa segla-galanya. Jadi kita sebagai manusia yang sememangnya lemah kena lah beringat tentang kesilapan kita yang sering kita lakukan.

  1. Bila orang yang Tiba-tiba dapat fulus banyak... dan-dan terus tukar aktiviti sukan yang mana kos dia lebih mahal dan lebih nampak mewah. Apa kelas main  badmintan ke ping pong ke..kene la Golf, kalau boleh tu rasa nak terus berkampung dekat padang Golf tu kan.
  2. Bila  TerKAYA, terus jadi kedekut bin  bakhil, time hidup biasa tak berkira pun nak menderma. Lepas je kaya, duit 5 sen jatuh pun boleh dengar siap cari nak kutip nak simpan. 
  3. Bila  TerKAYA, shopping macam orang kene sawan, kad kredit tu tersusun rapi dah boleh buat koleksi pulak tu, sampai lupa yang duit tu pun bakal habis, duit tu pun ALLAH boleh tarik bila-bila masa tau
  4. Bila TerKAYA, dah lupa dah nak duduk dekat sejadah beribadah. Time hidup biasa, bukan main  menangis-nangis sampai keluar air mata darah. lepas je kaya terus lupa diri.
  5. Bila TerKAYA, terus dah tak percaya orang sekeliling, sampai orang rumah sendiri pun tak percaya. Kalau boleh belakang kepala tu nak pasang cctv, takut ada orang nak tikam belakang.
  6. Bila TerKAYa, badan tu terus allergy pakai ke guna ke benda-benda yang murah. Macam bila guna je benda-benda murah nie boleh jadi penyakit merbahaya dekat badan tu.

DAH BERABUK KOT

ASSALAMUALAIKUM..

sangat-sangat lama aku tak menyinggah, niat kat hati ini memang nak tutup account je. Bukan apa sudah terlalu lama rasanya aku tinggalkan dunia blogging ini. Apa yang membuatkan aku kembali ialah faktor kebosanan duduk di rumah sementara menunggu result degree and sejak-sejak aku banyak baca buku sekarang nie..=D

sepanjang aku menghilang ini, macam hal dah terjadi, dari yang pahit sampai ke manisannya itu datang.
of course la pahit manis tu kene adakan
last aku update blog nie time aku practical dekat kulim mean time itu aku tengah nak masuk part 5
and now
aku habis DIPLOMA sudah (Alhamdullilah)
tengah buat part time job as a cute nanny (^^,)
InsyaALLAH I will be degree student soon..aminn

Cakap pasal habis diploma ini, serius aku cakap aku rindu kot dekat member-member arau. 
Bersama merekalah aku belajar hidup untuk lebih berdikari, bergaul dengan dunia luar and macam-macam lagilah. TAPI ada seorang budak nie aku akan rindu and ingat selalu because she the best person I know during i'm study at arau
Kawan aku seorang inilah yang faham buruk baik aku, sekepala dengan aku, dan yang penting sekali aku pun terima baik buruk dia dengan seadanya..

TO----> NOR ZA AUNI BINTI MOHD KAMAL
thanks a lot for accept me as your friend
terima kekurangan saya
bantu saya tidak kira senang dan susah
percayakan saya
sabar dengan perangai saya yg kadang-kadang annoyed jugak
kalau masa boleh berputar atau boleh di ubah
saya nak sangat kamu tu sambung degree sama tempat dengan saya
untuk habiskan lagi satu tapak kehidupan sebelum kita benar-benar hadapi dunia yang sebenar

wahai kawanku, aku doakan agar kita dapat duduk,gelak, naik moto bersama lagi
aku doakan moga perjalanan hidup kita di redhai ALLAH 
dan aku harap moga kita masih dapat bertemu sebelum ajal mendatang..


p/s : kalau si auni baca mahu dia muntah hijau, so cik auni nampak tak jiwang berkarat tak kawan kau seorang nie..=)

 inilah cik auni bam bam (maap auni letak gmbor pipi tembam kau..ahhaha)


Ini antara member-member best aku yang lain (group D the best!!) 


kegilaan kami bila kami dapat tahap kekanakkan.


and it's me and auni..=P