Saturday 2 November 2013

9 a.m to 9 p.m

ASSALAMUALAIKUM....(tolong jawab ye !!!)

kembali hadir dalam dunia maya, kruk krukk......

2/11/2013 hampir 2 bulan aku meneruskan hidup sebagai pelajar degree.  Yes !! right now I'm degree student and officially I'm Uitm ARAU student. Arau lagi..!! memang jodoh aku memang bumi perlis agaknya. Masuk degree ini, total aku bermaustatin dekat arau ini 5 tahun setengah. Jangan sampai jodoh jumpa dekat Perlis juga sudah, kalau jadi macam itu juga tak tahu la nak cakap apa entah.

Dekat sini nak kongsi sikit apa yang aku buat time cuti midterm baru-baru ini...jeng jeng jeng...!!!

bertarikhkan 18/10/2013, kegilaaan diri menjelma untuk mengambil sijil spm yang duduk nun jauh kat rawang itu, seterusnya nak berjumpa dengan cik izati halim nordin kita yang bakal berangkat kembali ke mesir pada 8/11/2013 dekat sungai buloh (time tarikh itu tak dapat nak hantar, that why la aku nak jumpa dia time tu)

nampak macam alehh dekat je pun. Ok dekat sini nak bagi tahu aku naik MOTOR pi sana. Mencabar dengan sakit bontot jugalah. Perancangan asal aku menjadi menarik apabila CIK HANA FADIL sangat sudi menemani aku yang hanya mampu bawa dia dengan motor sahaja..

So pendek cerita, travel day aku pada haritu sangat mencabar,seronok,berpengalaman dan sempoi untuk orang macam kami ini...hahahha

pagi-pagi dalam pukul 9 aku sudah keluar untuk menunjuk ke Damansara, (nak ambil permaisuri hana dekat rumah tu). DUDUK LEPAK sekejap tunggu anak dara mandi-manda, kami pun gerak ke RAWANG dalam 10.45 macam itulah. Kalau sudah ke SAMER tak jumpa ustaz ustazah memang tak sah la kan, so sampai sana dalam 11.45 macam itu dan kami pun duk bersembang sekejap dengan ustazah nani,ustaz azri,ustaz yusri gan ustaz rizal (itu yang sempat jumpa). 

NEXT:SUNGAI BULOH. Dalam kepanasan pukul 1 itu kami menuju ke SUNGAI BULOH, (dekat sana sesat sekejap...hehhe). Dekat rumah cik izati kita ni memang lepak lama la, di jamu makan tengahari lagi dan duk bersembang semua sampai pukul 3.30


berkenangan sebelum berpisah =)
WE WILL MISS YOU CIK ZATY, SEE U 2 YEARS LATER.!!

NEXT LOCATION: MASJID JAMEK, KL, before pergi sana mak Hana ada kirim tanah untuk tanam pokok (hebat tak, naik moto pun boleh beli tanah..=D) so pusing sekejap kami dekat area sungai buloh tu, satel beli terus menuju KL pula. Motif ke Masjid jamek nak beli tudung yang kawan Hana kirim...so park moto dekat sebelah masjid and then jalan sampai area dekat dengan sogo. Nama kedai tu tak silap Bawal Exclusive. Mahal kot tudung kosong tu, aku beli yang 5 hinggit aje. Tapi ada sebabkan kenapa benda tu jual dengan harga 35 hinggit, kualiti memang terjamin.



 tengah berdoa banyak time ini harap-harap hujan tak lebat.

CONTINUE JOURNEY: IKEA,DAMANSARA. sebenarnya tidak merancang pun hendak ke sana, Tetapi disebabkan nak menyinggah solat asar sekali gus isi perut yang kebuluran atas tiket keletihan maka kami telah memilih ikea. Time perjalanan kami memang di uji. Gila kau separuh on the way dari KL ke Damansar tu kena hujan. Sejuk tak sejuk tak usah di kata, tahan sahaja la nampaknya. Paling lenjun, aku lah jawabnya. Sampai ikea memang tahan malu muka ini memang tebal buku novel la jawabnya dengan baju dan seluar lenjun tambah sejuk aircond dekat ikea tu, ALLAH sahaja la yang tahu. Done lakukan yang wajib (solat asar) apa lagi, time to melantak la jawab kau, serius lapar gila walaupun dah makan dekat rumah izati tadi. 

 kanak- kanak ini memilih meatball 15 biji dengan mushroom soup
 aku yang tuan puteri ini memilih salmon gan meatball atas sebab aku drive yang keletihan & kesejukan
 moto aku kesejukan so kene selimut sekejap..hahahhaha
before balik aku dengan hana kerunsingan sama ada bicycle only or troli only

THE LAST STEP: RUMAH PERMAISURI. Kalau sudah pinjam anak orang kenalah pulangkan. so kenalah hantar permaisuri hana balik rumah kalau tidak runsing mak hana, mana anak dia tak balik-balik.Pendekkan cerita time hantar dia waktu magrib tu hujan so aku ni pun solat magrib dekat rumah dia dan bertape dekat rumah cik permaisuri kita sambil-sambil bersembang dengan mak hana sampai hujan berhenti. Lepas tu, aku sampai rumah dalam 9.30 lebih kurang.


walaupun haritu sangat memenatkan aku dan rasanya pada hana jugak. Tapi hari tu lah the best moment aku waktu cuti. Siapa sangka aku yang bergelar perempuan ini boleh bermotor untuk ke semua tempat tu. Aku kira-kira lebih 4 jam juga kami atas moto. Hebat tak hebat, aku tetap juga nak cakap kami hebat...hahahaha.. CIK HANA thanks a lot ye....!!! and we really hope if najwa rashid have together with us for that day, it will really fun...hehehehe

Ok, thats all.....thanks read this merapu-merepek aku...