Friday 28 June 2013

Bila TIBA-TIBA TERKAYA

Bila kita sebut tentang kaya nie, siapa yang tak nak jadi kaya cuba bila sudah kaya, ramai yang mula lupa diri, lupa ALLAH dan lupa segla-galanya. Jadi kita sebagai manusia yang sememangnya lemah kena lah beringat tentang kesilapan kita yang sering kita lakukan.

  1. Bila orang yang Tiba-tiba dapat fulus banyak... dan-dan terus tukar aktiviti sukan yang mana kos dia lebih mahal dan lebih nampak mewah. Apa kelas main  badmintan ke ping pong ke..kene la Golf, kalau boleh tu rasa nak terus berkampung dekat padang Golf tu kan.
  2. Bila  TerKAYA, terus jadi kedekut bin  bakhil, time hidup biasa tak berkira pun nak menderma. Lepas je kaya, duit 5 sen jatuh pun boleh dengar siap cari nak kutip nak simpan. 
  3. Bila  TerKAYA, shopping macam orang kene sawan, kad kredit tu tersusun rapi dah boleh buat koleksi pulak tu, sampai lupa yang duit tu pun bakal habis, duit tu pun ALLAH boleh tarik bila-bila masa tau
  4. Bila TerKAYA, dah lupa dah nak duduk dekat sejadah beribadah. Time hidup biasa, bukan main  menangis-nangis sampai keluar air mata darah. lepas je kaya terus lupa diri.
  5. Bila TerKAYA, terus dah tak percaya orang sekeliling, sampai orang rumah sendiri pun tak percaya. Kalau boleh belakang kepala tu nak pasang cctv, takut ada orang nak tikam belakang.
  6. Bila TerKAYa, badan tu terus allergy pakai ke guna ke benda-benda yang murah. Macam bila guna je benda-benda murah nie boleh jadi penyakit merbahaya dekat badan tu.

No comments:

Post a Comment