Saturday 6 July 2013

MANA YANG LEBIH PENTING

ASSALAMUALAIKUM

Hari ini kita merungkai mungkin atau kita cuba berbicara tentang segelintir perangai MANUSIA, yes people, person, someone, somebody or anything that related dengan sesuatu yang ALLAH jadikan dia sebagai khalifah di muka bumi ini.
  1. BILA KAWAN-KAWAN KAU LEBIH PENTING DARI KELUARGA DAN SAUDARA-MARA
KAWAN - berkawan itu memang sangat indah, tapi kene ingat jangan sampai terlalu taksub dan percayai persahabatan sampai pinggirkan sesuatu yang LEBIH PENTING  dalam kehidupan dan keliling kita setelah ALLAH dan RASUL. Bukan apa, sesetengah manusia yang berperangai begini memang masalah. Bukan apa bila  keluarga sendiri memberi nasihat tidak sikit pun ambil pusing tetapi bila kawan yang tidak pasti masa kita susah nanti bakal membantu kita,terus sokong apabila menasihati diri kita ini, kadang-kadang apa yang di perkatakan oleh kawan itu semuanya setuju. Ingat masa kita susah nanti siapakah yang masih berpaling melihat penderitaan kita. dan aku sangat sedih, kadang manusia begini masih boleh berlagak depan keluarga sendiri dan masih pegang dengan katanya '' tak apa, kamu semua tak ada. kawan aku masih ada.'' Hello serius itu aku cakap senang sahaja, manusia tak kenal di untung.

    2.  WHEN MY CAREER MORE IMPORTANT FROM MY FAMILY.

KERJAYA - Ini masalah paling besar berlaku di zaman serba moden ini, kerana taksubkan pangkat dan wang, keluarga terabai. Kebiasaan nya ia berlaku terhadap ibu bapa zaman moden. Kebiasaannya anak-anak akan menjadi mangsa atas kerakusan ibu bapa itu sendiri. Mulalah pelbagai masalah akan timbul, bukan apa anak-anak ini cuba mencari jalan agar ibu bapa mereka memberi sedikit ruang dan masa bagi mendengar kemanisan dan kepahitan sepanjang pembesaran mereka dengan harapan ada mutiara kata dari ibu bapa mereka untuk mereka terus bersemangat dalam menempuh kehidupan. Jangan di salahkan anak-anak berkelakuan yang kurang enak jika ibu bapa itu sendiri mementingkan apa yang LEBIH PENTING. Bukan meminta menjadi ibu bapa yang sempurna, cuba perlu menjadi ibu bapa yang hebat di mata anak-anak.

   3. BILA DUNIAWI LEBIH PENTING DARI  PENCIPTA-MU ALLAH S.W.T

KEPADA ALLAH KITA KEMBALI - Dari segala yang penting diatas, kepentingan yang pasti dalam diri manusia itu sendiri adalah ALLAH. ALLAH Maha Pencipta, sesungguhnya dari DIA lah kita datang dan dari DIA lah kita kembali. Di perakhiran zaman ini, manusia terlalu leka dan terlalu bekejar mencari sesuatu yang kepastiaannya ke arah keburukan. Ramai jiwa manusia yang tersungkur atas kehendak nafsu dan lupa atau pura-pura lupa atas perintah-NYA. Memang kita bukanlah manusia yang sempurna tapi sepatutnya kita seudaya-upaya memberi yang terbaik dalam melaksanakan perintah-Nya dan bersungguh-sungguh dalam meninggalkan larangan-Nya. Nikmat dan keindahan  yang paling indah ialah bila cinta manusia terhadap Penciptanya lebih dari segala-galanya. Dari situ InsyaALLAH segala rintangan dan selok- belok kehidupan ini pasti mudah di tembuhi dengan pelbagai perasaan yang hanya ALLAH sahaja MAHA Mengetahui segalanya.


p/s: jika ada terasa mohon maaf, cuba ingin berceloteh. Aku juga bukan manusia yang sempurna cuma ingin mengingati diri ini juga yang terlalu banyak dosa terhadap ALLAH S.W.T . (^^)



No comments:

Post a Comment