Monday 10 October 2011

CHARLIE story....

wah rasa macam aQ nak cerita fantasy story lak..
ok...back to story
sebenarnya aQ nak cerita sikit pasal binatang yang telah
memberi kesan yang kekal kat badan aQ ini

siapa itu CHARLIE,..charlie nie sebenarnya seekor serangga tau
and dia nie tinggal kat kawasan pertanian especially kat 
kawasan sawah padi.
first time dengar name serangga nie memang macam tak percaya 
keglamorran dia...perh nama oversea kot..tpi duduk kampung je..
nama dia nampak macam serangga ini jenis yang baik dan cute2 je
hakikatnya...
SANGAT-SANGAT MERBAHAYA.....ok sekali dia sengat kat kowg
confem memberi kesan yang kekal
aQ salah soranglah mangsa dia..
mula-mula ingat charlie ini serangga yang kalau sengat sakit sikit je
rupa-rupanya bisa dasyat jugak la..patut la roOmate aQ
kalau nampak charlie macam nampak apa je menjerit2 dekat dalam bilik tu

so
 sepanjang aQ kene sengat tu memang tak selesalah..rimas,pedih,sakit,....
perh memang gatal kot....
apa taknya aQ kene dekat leher sampai bahu..tu belum masuk yang merebak tu..
siap aQ nie x boleh la berpeluh or panas 
sampai nak jawab exam pon tergangu kot tapi alhamdullilah time exam tu soalan dapat jawab
member suruh pi uk a.k.a unit kesihatan tapi aQ tak suka pi klinik..
aQ suruh Faizah nordin belikan ubat untuk aQ
and die sejenis ubat krim and sungguh mujarab..ALHAMDULLILAH

DI sini aQ nak kongsi sikit fakta tentang saipa sebenarnya charlie ini dan sikit gambar charlie gan kesannya

 Nie Biodata Beliau :
Nama dalam ic :CHARLIE@ROVE BEETLE @ KUMBANG ROVE
Gelaran di PSIS: Charlie Brown
Nama Kampung : Semut Kayap

Fakta :
Cecair hemolimf yang terdapat di dalam badan (kecuali sayap) kumbang ini mengandungi toksin sentuh haiwan yang paling berbisa di dunia. Toksin ini dikenali sebagai ‘pederin’ (C24 H43 O9 N) dinamakan dalam tahun 1953. Ia mempunyai tahap keracunan 12 kali lebih tinggi daripada venom ular tedung. Kumbang rove yang telah dikeringkan dan disimpan selama 8 tahun masih lagi mempunyai ketoksinannya. Persentuhan dengan kumbang ini semasa bergerak atau tidur, menghancurkannya pada badan atau mengosok dengan jari yang kotor akan menyebabkan konjunktivitis dan penyakit kulit yang teruk yang dikenali sebagai ‘dermatitis linearis’, ‘paederus (kumbang rove/ staphylinidae) dermatitis’, ‘whiplash dermatitis’ dan sebagainya.Charlie ni adalah serangga karnivor dan memakan lain-lain serangga yang lebih kecil. Ia merupakan serangga yang memainkan peranan penting dalam kawalan biology untuk mengawal serangga perosak padi. Ade baiknya jugak si CHARLIE ni.Semasa hujan lebat atau banjir , Charlie ini akan berhijrah ke kawasan yang lebih kering.





No comments:

Post a Comment